Showing posts with label Borak Kosong. Show all posts
Showing posts with label Borak Kosong. Show all posts

Monday, 18 February 2013

Jalan Terus

ditengah2 diri sangat2 demotivated dengan macam perkare (terutame tesis) mulela dok belek2 portable hard disk godek2 isi dalam tuh..tetibe ternampak koleksi lagu2 Sheila On 7..ya Allah!!tetibe terimbau kenangan zezaman form 4 dolu2..da la pmr pun cikai je result..ber'honey moon' bagai dengan wajah ensem+comey+macho si vokalis S07, Akhdiyat Duta Modjo..name pun da mmelambangkan kemachoan..belom tengok muke lagi..hak3..saye memang gile2 fanatik dengan diorang..lagu2 sangat best sumenye (yela...kalo da minat, lagu cam haprak pun sodap didonga..hihi)..beli setiap album diorang..siap ade sketch book paper cutting..tapi bile da meningkat usie ni kurangla sket...tapi Duta totap menjadi pujaan ati walopun da kawen..ngeee~~ berangan hokey nak muke somi macam Duta..tapi apekan daye..xde rejeki..ngeh3..

soo...dalam banyak2 lagu die saye terkesan dengan lagu Jalan Terus..lirik lagu die memang kene sangatla dengan situasi saye sekarang ni..hihi..SEMANGAT!!

JALAN TERUS

Hidup memang tak semudah
Waktu kita muda dulu
Panas dingin tak bisa diterka
Strategi hidup bertahan
Dari seleksi sang alam

Hidup memang tak seindah
Waktu kita muda dulu
Umur terindah pasti kan berlalu
Strategi hidup bertahan
Dari seleksi sang alam

Panas dingin tak bisa diterka
Panas dingin tak bisa diterka

Reff: tapi apapun yang terjadi
Akan kujalani
Akan ku hadapi dengan segenap hati

Walau ku terluka
Memang ku terluka
Tak pernah ku lari dari semua ini

Belum waktunya kita berhenti
Jangan cepat puas kawan
Bekerja dan terus bekerja
Hingga saat kita tak berguna lagi




Sunday, 14 October 2012

What Will I Be??

dolu mase kecik2 cite2 nak jadi misi (nurse) sebab mak jadi misi..tapi ia terlebur begitu sahaje sebab saye realized yg saye xleh tahan tengok bende2 yg melibatkan 'medical environment' terutame yg bedah2 atau patah2..seriau!!lepas x berjaye meneruskan cite2 pertame mulela bercite2 nak jadi cekgu sebab ayah saye seorang cekgu..then bile kakak saye yg no 2 keje bank..mule la bercite2 nak jadi pegawai bank..ape daa..banyak gile cite2..sungguh x tetap pendirian..ngeh3

cite2 nak jadi pegawai bank diteruskan sehinggalah melangkah ke sekolah menengah (ini cite2 yg paling lame bertahan..hihi)..tuhan seakan2 'merestui' cite2 saye apebile dengan keputusan PMR saye yg maha teruk maka tercampaklah saye kelas aliran sastera..tatkala sume kawan2 berebut dan berlumbe2 masuk kelas aliran sains (sebab keputusan mereka lebih hebat dari saye) saye dengan redha meratapi naseb bersame beberapa rakan yg hanya boleh dibilang dengan jari sahaja ramainya..maklomla..orang xpandang sangat kelas aliran sastera ni..such as a 'second class citizen'..huhu..ape ade hal sume tanggapan orang kan..alhamdulillah..saye berjaye gak melangkah ke menara gading dengan cite2 yg same untuk diperjuangkan..4 tahun bergelut akhirnye dapat gak menggengam segulung ijazah dalam bidang ekonomi..=)

harapan nak bekerja dalam sektor perbankan..tapi dikala itu ekonomi merudum ditambah dengan 'ingatan' dari seorang ayah yg berbunyi:

'ayah xnak kamu keje bank ni..balik malam2..gajinye macam mane plak..bla..bla..dan bla..'

perghhh!sangat dilema ketika itu..tapi niat dihati ku teruskan jua walaupun banyak rintangan, halangan, dugaan melintang di depan..waaahh!!emo sangat kan??hahahaha..memanglah kate orang..perancangan Allah tu lagi indah & berhikmah..setelah melalui beberape temuduge selama hampir setahun lebey yg mana hasilnye sentiase mengecewakan ditambah desakan halus ayahanda tercinte yg mahukan anak2nye menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi maka saye mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran lagi (part ni Subhanallah, sangat2 dipermudahkan oleh Allah)..well, actually ayah saye sentiase mengharapkan saye menjadi seorang pendidik sepertinye..bukan saye x apply kursus yg berkaitan dengan perguruan, jenoh da..tapi bile Allah da tetapkan rezeki saye bukan ke arah itu maka haruslah dengan redha saye menerimenye..=)

seakan merajuk dengan bidang ekonomi, saye memutuskan untuk beralih angin menukar selera dengan memohon course yg sangat asing yet menarik bagi saye..ye 'Master in Library & Information Science' merupakan course pilihan saye..bile sebut je name course ni ramaila dok kate 'oo..nanti jadi librarian la eh?' 'attached' with memek muke yg dot..dot..dot..yakni, saye sorang je paham..well..awak2 yg buat memek muke cenggitu..sile jangan pandang rendah dengan keupayaan seorang librarian..mereka bukan sahaja sekadar penyusun buku di rak..bahkan we are much, much and much more advance nowadays..bukan itu sahaje..la ni..pemegang ijazah sarjana sahaja yg layak dapat title 'Librarian'..lower than Master we called them as Library Assistant..naaah..!!tinggi okeh status seorang pustakawan neh..bukan cikai2 tau..tapi setinggi2 status kalo asyik mendongak ke langit dan lupe untuk melihat tanah yg dipijak tara guna juga kan??ape2 pun hati kene ikhlas, niat kenelah kerana Allah..

maka sekali lagi cite2 saye berubah dari pegawai bank menjadi seorang pustakawan..tapiii..dilema lagi..ayahanda tercinte mahukan anaknye ini menjadi seorang pensyarah..ehmmm...xkanlah kene berubah lagi cite2 neh???

.

.

.

do I succeed to be like her???

Wednesday, 25 July 2012

Personaliti Diri Mengikut Tarikh Lahir

tengah2 boring mengadap komputer ni tangan pun mula la gatai nak explore macam2..topik hangat sepanjang ktorang (saye+yana) kt Researh Support Section ni adalah pasal personaliti, jodoh, dan sewaktu dengannya..so..kalo ktorang sudah mule hilang fokus maka aktiviti meng'explore' blog2 yg berkaitan dengan topik hangat giat dijalankan..hahaha..macam xde keje lain..=p

ade beberape blog yg menarik tapi one of the most interesting blog ialah mengenai "Personaliti Diri Mengikut Tarikh Lahir" yg saye cedok dari blog seorang hamba Allah neh..terime kaseh daun keladi atas info yg menarik..ngeee~~

bile saye bace isi kandungan tajuk 2 memang adela berkaitan dengan diri saye..huhihaho..anda pula bagaimana??kui3..=p


p/s:ini sekadar suke-suki je..kalo xbetol 2 xpayahla percaye..anda lebih mengenali diri anda sendiri..wallahu'alam..=)
.
.

Jom selidik!!=p
.

.

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no..2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang.. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Tuesday, 24 July 2012

Ramadan Kareem!!

alhamdulillah..hari ni da masuk 4 Ramadan..alhamdulillah juga stakat ni xde aral yg melintang depan saye untuk menunaikan ibadat puase sampai ke hari ni..=)

sebenarnye secare jujur dan ikhlasnye saye kt ofis tengah buat keje yg da di 'assigned' semalam..tapi paham2 jela bulan pose neh..mengantok xhengat..bile da mengantok 2 otomatik x fokus..lagi2 mengadap screen komputer neh dari pagi sampai petang..lobam bijik mato den..kalo part keje memang cepatnye nak lobam bagai..kot tengok blog resepi, websites itu ini memang da xkesah da lebam 2 kan??hahaha..

workstation saye memang sangat strategik untuk keje2 pengelatan..anytime boleh surf internet bile2 mase tanpe menghiraukan orang sekeliling..kalo bos datang mengejut untuk melawat kawasan saye dengan menten membuat keje tanpe ade rase bersalah..hehe..tapi yg x brape nak bestnye ialah facebook xboleh bukak kat sini..kalo boleh pun memakan mase 'bertahun' untuk loading..haiishh..tapi elokla jugak..xdela asyik nak ber'facebooking' je kan..huhu..azam saye bulan Ramadan ni nak mengurangkan aktiviti2 di facebook..rehatla kejap dari alam online neh..fokus dengan ibadah plak..ecceh!=p

harap2 bulan Ramadan kali ni lebih baik dari tahun lepas dari sume aspek termasuk ibadah, percakapan, perangai dan juge yg paling utama pemakanan (berazam nak turunkan berat badan..ahaks!) pesanan untuk diri sendiri..amatlah rugi kalo x rebut peluang beribadat sebanyak+seikhlas mungkin di bulan mulia ni sebab pada bulan ini berlipat ganda ganjaran pahala yg Allah akan bagi lagi2 bile da masuk 10 malam terakhir.. 
RAMADAN KAREEM!!=)

Tuesday, 5 June 2012

Electric Train Service (ETS)

weeeeee!!!berjaye jugak melepaskan kemengidaman nak naik ETS..maklomla..seumur hidop ni xpernah lagi merase naik kereta api..kalo komuter, lrt 2 da bese sangat..ngeh3..

kebetulan saye skang ni tengah cuti 'pendek' sebelom start pratical training..jadi sedikit gatai nak merase naik kereta api balik kampung..kalo mengikut cerite kawan2 yg penah merase naik kereta api dulu duration perjalanan sangatla lame kalo nak dibandingkan naik kete ataupun bas..tapi xpela..saye teringin nak rase pengalaman yg macam tu..sekali-sekale kan..=p

maka..pagi tadi bermulela perjalanan seorang anak perantau yg jakun nak naik ETS pulang ke kampung halamannye..hahaha..sampai kt KL Sentral memang agak terpinge2 sebab 1st time kan..xtau kat mane nak beli tiket, kat platform mane nak kene tunggu dan sebagainye..tapi..mujurlah pihak ETS+KL Sentral mempunyai inisiatif yg kreatif nak bagitau pengguna kat mane kaunter penjualan tiket..



haaa..itulah inisiatif kreatif diorang..macam saye 'check-out' dari lrt, da ade sign ni kat atas lantai bertujuan memberitahu arah ke kaunter tiket ETS..idea ni sememangnye sangat2 bagus..tapi bagi saye, personally, sangat xberkesan sebab die membawe ke arah yg lain..saye yg macam ruse masuk kampung bengong2la ikut sign tersebut..bile sampai rupenye kaunter closed..pffftt....!!mase tu memang adela sket2 gelabah..then xde care lain saye terpakse gak pegi Information Counter..adoooii..salah arah tujuan rupenye..persoalan sekarang..ape motip arrow sign 2 kalo die menunjukkan ke arah yg salah??*sigh*

da jumpe kaunter tiket..ape lagi..beli tiketla..hahaha


actually..ETS ni perhentian akhir die kt Ipoh..saye berhenti kat Tapah Road since itulah stesen kereta api yg paling dekat dengan rumah..xdela dekat sangat..dalam 20 minit jugakla..

bile da ade announcement turun ke platform terase sangat teruje ok..1st time kott..hahaha..bile diperhati..ramai jugak penumpang..macam dalam koc saye hampir penohla seat..'rezeki' saye hari ni duduk seblah pakcik..melayu..erm..boriiinngg..da la xduduk sebla tingkap..lagila boring..huk3

dalam koc ade disediekan tv..diorang ade tayang movie..macam tadi ntah cerite kartun ape..umpame orang pekak n bisu tengok tv..bace subtitle je..hoho..dalam mase yg same kt skrin tv tuh diorang ade tunjuk berape kelajuan semase kereta api..macam yg saye perhati, kelajuan maksimum kereta api penah mencecah 148km/j..tapi bese dalam 90-110km/j..

sepanjang perjalanan adela berhenti di beberape stesen, depend gak pade penumpang nak berhenti kt mane..dalam koc memang xtentu arah sket..nak tido pun xselese..mane taknye, sebla tempat duduk saye pakcik tuh, satgi terlentok atas bahu die kan ke naye..hahaha..plus..budak2 kecik dok bersembang xberhenti2 kt belakang seat saye..asal nak pejam mate je diorang nak menjerit..asal pejam je jerit...uurrggghh..naseb baik xde sakit jantung...seb baik 'kakak' ni paham adik2 jakun naik kereta api..=p

sepatutnye ETA jam 1231, tapi atas beberape perkare yg xdapat dielakkan sampai kt stesen Tapah Road around jam 1238..bessstttt ok!!xsampai 2 jam da sampai kt kampung halaman..lagi pantas dari naik kete..bese kalo naik kete dalam 2 jam lebey baru sampai kt umah..ehm..kalo ade kesempatan memang saye nak naik lagi..hihi..=)

Wednesday, 9 May 2012

Overdue Single Club

segale bermule di dalam discussion room KICT Resource Centre semalam...dalam keserabutan+ketensenan membuat slide untuk group presentation ari ni, tetibe asiah masuk bertanyekan satu soalan yg mengundang sesuatu diluar jangkaan (bace dengan penoh saspen ye)


asiah:eh, dalam english bujang ape?
nana: single la
asiah:kalo bujang terlajak?
saye: go head gostan single
(sume gelak macam orang menghoyan..hahahaha)


saye plak besenye kalo tengah tensen ni memang banyakla idea bodo yg keluar kalo bab2 macam ni..so tengah dalam mood bengong kesemuenye..saye pun bagi lagi 'tambahan' jawapan kepade soalan kedue..


 saye:bujang terlajak=overdue single
(sekali lagi sume orang gelak macam orang menghoyan)


setelah berbincang dengan seriusnye pasal jawapan tersebut..ktorang pun dengan idea mengongnye menubuhkan "Overdue Single Club" yang kriteria ialah wanita2 yg berumur 25 tahun ke atas yg masih single...hahahaha..sangat2 loqlaq idea tersebut..ehh...don't take it seriously..ktorang just memain je dengan penubuhan club palsu neh..orang tengah stress kan..macam2 idea 'kreatif' yg keluar..muahahaha..

daaan..kebetulan..dengan HOT Chat pagi ni plak berkaitan dengan Punca Rakyat Malaysia Berusia 25 tahun & ke atas Belum Berkahwin .waah..memang berjodoh dengan HOTfm tau..hahaha..tapikan..lately..ape yg ktorang bincangkan, keesokkan harinye mesti ade kaitan dengan HOT Chat..haaa..memang kene batang hidung sendirila kan..huhu..xpe..saye yakin jodoh untuk saye ade da tertulis di Luh Mahfuz..so..doa.doa..doa..doa dan terus berdoa semoge dipermudahkan segalenye untuk saye..ameen...=)

Wednesday, 29 February 2012

It's a Leap Year!!

untuk pertame kali dalam sejarah hidup ni saye begitu concern dengan kewujudan tarikh 29 Februari on this year..sebelom ni xdela 'petiye' (my ayah's special word means mengambil tahu..ngeh2) sangat pun..but maybe this time sesaje gedik amek feel tahun lompat..motip??hahaha..=p

actually saye dalam keadaan bertenang zahirnye tetapi dalaman saye huru hare..mengape??sebabnye proposal untuk tajuk tesis saye belom lagi siap..it should be submitted semalam..tetapi malangnye tabiat buruk saye maseh belom dapat dikikis sepenohnye menyebabkan full proposal xsampai2 lagi di atas meja supervisor..sile berbangge dengan pencapaian 'terbaik' diri sendiri...pffftt!!!

haaii..macam manela nak harung siapkan tesis nanti..nak buat proposal pun makan mase..sebenarnye saye da hantar proposal tesis semester lepas..so untuk semester baru ni, barula dapat consult dengan supervisor..upon her advicesss plus saye pun rase xkene dengan tajuk 2 terpaksela tukar tajuk lain and within two weeks kene submit..it's almost two weeks now and i'm still 'chillex' xbertempat..bengong kan??hahaha..

sangat2 diakui bukan senang nak pilih tajuk untuk tesis..lagi2 if we're not familiarize with that particular field..i'm soooooo stress out tau..urrgghh!!!erm..tapi..bile dipikir2 balik..inilah pengorbanan yg harus saye bayar kalo nak merase genggam segulung ijazah sarjana nanti..lagipun...mane ade bende yg senang dalam dunie ni..btol x??hehehehe..=)


*tetibe terase macam diri sendiri plak tengah mendaki bukit or maybe gunung 2..hahahaha

Tuesday, 17 January 2012

Expired!!!

yang selame ni aku dok drive xsedar langsung la lesen da mati..haiyya..naseb baek xde road block (tho rite now slalu sangat kot polis buat)..actually ingat2 lupe tarikh lesen mati..malam semalam baru terperasan itupun sebab menggodek2 purse..kalo x bertenang jela drive kete ke hulur ke hilir dengan lesen yg da mati..hik3


lesen yg sudah 'expired'..harusla ade ciri2 nostalgia disitew..=p



thanks to my big brother sebab tulun adikmu ini me'renew' lesen..hehe..alaaa..da alang2 ko nak pos surat 2..lajakkan sket ke dalam pos opish..kui3..=p



da renew y'all...!!!=p



*notakakiwangi: for those yg xtau lagi, expiry date for driving license now is based on our date of birth..haa...kan senang nak ingat macam 2..(alasan..hahahaha)

Saturday, 14 January 2012

Projek Rambutan

aktiviti neh berlaku mase cuti Krismas ari yg lepas..xde mase nak update plus dengan kekangan mase serte 'berukben' yg telah bertukar menjadi 'sipotben'..haha..time 2 sume pakat2 balik umah.. ehm..actually pokok rambutan neh jiran seblah yg punye..ktorang da lame aim nak serbu pokok rambutan 2..da la buahnye manis, lekang plak 2..perrghh.terliur sudaaa..huhu..blom lagi nak mintak permission ‘mengokak’ pokok rambutan 2, die dulu da suruh ktorang amek sebab xde sape yg melayannye..die 3 beranak je..manela nak larat melantak buah rambutan macam ktorang neh..ngeh3..=p

antare aktiviti n gelagat2 yg boleh disaksikan pade hari tersebut:


abang ipar saye merangkap ketue projek rambutan..hehe..=p




 kerete Hilux ayah saye menjadi mangse ktorang berposing..hihi






alang+daughters bertanggungjawab menguruskan bahagian pemprosesan buah masak..=p




ok..si pwinsesh yg over..haha




arissa very the excited nampak buah rambutan
  



“ana..orang makan buahnye nak..bukan tangkai..”haha..




 antare hasil tuaian..=)



adela lebih 2 baldi besau hasil tuaian dari pokok rambutan..sebenarnye banyaaak sangat lagi buah rambutan yg bergayut2 kt atas pokok nun..tapi disebabkan sifat wasatiah dalam diri kami..perasaan tamak haloba dapat di atasi dengan mudah..ewwah!!hahahaha



Tuesday, 3 January 2012

Oooh...Sangat Heaven..=)

assalamualaikum...lamenye x jengok blog neh..apetah lagi nk update..kui3..bizi sangat sebelom ni..banyak assignments nak kene settle plus final exam lagi..pergghh!!memang mantopla..hahaha..xpernah la sepanjang saye belajar (undergrade+postgrade) neh kehidupan saye jadi tentu arah..sebab ape xtentu arah???haaa...sebab salah saye jugak..buat semue bende last minute..hujung2 diri sendiri gak yg tanggung susah..amekaaww!!

2 minggu kebelakangan ni saye memang x amek tau pasal dunie semase, banjir?perang?isu semase yg tengah hot diperkatekan?huuuhhh!!ble la umpamekan saye sebagai katak yg comey berade di bawah tempurung..ngeh3..disebabkan bizi dengan dunie sendiri, saye sampai terlupe yg kt da masuk tahun yg baru..xterlambat lagikan nak wish "Happy New Year 2012"..hik3

azam tahun baru??alaa...saye da detailkan ape azam tahun baru saye ari 2..maseh same cume saye nak tambah satu lagi azam sempene tahun baru Masihi neh..ape yg berlaku sepanjang tahun 2011 saye nak jadikan pengajaran untuk memperbaiki diri sendiri tahun neh..ape yg berlaku??ooppss!!biarlah saye & Allah je yg mengetahui..hihi

actually..hari ni adalah hari "KEMERDEKAAN" buat saye sebaaaaabb..hari ni last paper final exam for this semester..MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!..Ya Allah..xsangke dapat gak harungi hingge sangat akhir..alhamdulillah..so..I got about 1 month to berjimba2...isn't sounds like HEAVEN???hihihi..=)


~that's truely me now!!!yaaayy!!!~
 

 

Coretan Kerajinan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal