*terime kaseh mak+ayah belanje anakmu yg maseh xbekerje lagi walaupun da tue bangka..=p
Sunday, 29 July 2012
Wednesday, 25 July 2012
Personaliti Diri Mengikut Tarikh Lahir
tengah2 boring mengadap komputer ni tangan pun mula la gatai nak explore macam2..topik hangat sepanjang ktorang (saye+yana) kt Researh Support Section ni adalah pasal personaliti, jodoh, dan sewaktu dengannya..so..kalo ktorang sudah mule hilang fokus maka aktiviti meng'explore' blog2 yg berkaitan dengan topik hangat giat dijalankan..hahaha..macam xde keje lain..=p
ade beberape blog yg menarik tapi one of the most interesting blog ialah mengenai "Personaliti Diri Mengikut Tarikh Lahir" yg saye cedok dari blog seorang hamba Allah neh..terime kaseh daun keladi atas info yg menarik..ngeee~~
bile saye bace isi kandungan tajuk 2 memang adela berkaitan dengan diri saye..huhihaho..anda pula bagaimana??kui3..=p
p/s:ini sekadar suke-suki je..kalo xbetol 2 xpayahla percaye..anda lebih mengenali diri anda sendiri..wallahu'alam..=)
.
.
Jom selidik!!=p
.
.
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no..2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
----
Anda
sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam
asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin
mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,
berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda
akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang
matang.. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan
anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan
anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah
professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang
yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang
bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
----
Tak
kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda
suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri.
Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang
yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan
keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and
mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda
seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh
mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua
kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab
dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
----
Anda
adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama
dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai
masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda
sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda
perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati
orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan
hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya
anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa
harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda
adalah no.6, 9.
no.4
----
Anda
adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan
orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang
bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan
yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati
dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan
anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan
selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat
mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
----
Anda
sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara
hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani
perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang
humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan
bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda
suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang
pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui
pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
----
Anda
dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa
perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat
pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius,
baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang
pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan
anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati,
peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal
anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
----
Anda
mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang
realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang
pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap
iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan
untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi
sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda
telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda
seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda
adalah no..2.
no.8
----
Anda
mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami
anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda
juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga
adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
----
Anda
adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang
yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh
menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia
yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila
usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan
hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan
kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model
teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Tuesday, 24 July 2012
Ramadan Kareem!!
alhamdulillah..hari ni da masuk 4 Ramadan..alhamdulillah juga stakat ni xde aral yg melintang depan saye untuk menunaikan ibadat puase sampai ke hari ni..=)
sebenarnye secare jujur dan ikhlasnye saye kt ofis tengah buat keje yg da di 'assigned' semalam..tapi paham2 jela bulan pose neh..mengantok xhengat..bile da mengantok 2 otomatik x fokus..lagi2 mengadap screen komputer neh dari pagi sampai petang..lobam bijik mato den..kalo part keje memang cepatnye nak lobam bagai..kot tengok blog resepi, websites itu ini memang da xkesah da lebam 2 kan??hahaha..
workstation saye memang sangat strategik untuk keje2 pengelatan..anytime boleh surf internet bile2 mase tanpe menghiraukan orang sekeliling..kalo bos datang mengejut untuk melawat kawasan saye dengan menten membuat keje tanpe ade rase bersalah..hehe..tapi yg x brape nak bestnye ialah facebook xboleh bukak kat sini..kalo boleh pun memakan mase 'bertahun' untuk loading..haiishh..tapi elokla jugak..xdela asyik nak ber'facebooking' je kan..huhu..azam saye bulan Ramadan ni nak mengurangkan aktiviti2 di facebook..rehatla kejap dari alam online neh..fokus dengan ibadah plak..ecceh!=p
harap2 bulan Ramadan kali ni lebih baik dari tahun lepas dari sume aspek termasuk ibadah, percakapan, perangai dan juge yg paling utama pemakanan (berazam nak turunkan berat badan..ahaks!) pesanan untuk diri sendiri..amatlah rugi kalo x rebut peluang beribadat sebanyak+seikhlas mungkin di bulan mulia ni sebab pada bulan ini berlipat ganda ganjaran pahala yg Allah akan bagi lagi2 bile da masuk 10 malam terakhir..
RAMADAN KAREEM!!=)
Labels:
Borak Kosong,
master+uiam,
Practical Training,
Ramadan
Tuesday, 17 July 2012
Penat..!!
untuk minggu kelima praktikal..what can I say is ..PENAT!!huwaaaa...bile tibe end of the day je badan rase lemah longlai..sangat xbersemangat..mate berpinar+kapla juga ada pusing..sampai bilik ingat da set dalam otak mahu rest+tidoq puas2..last2 end up tengok RUNNING MAN plak..hahaha..xleh percaye ngan kate hati alia neh..=p
for this week ktorang di'hamba-abdi'kan..tho ktorang just praktikal tapi buat keje yg xbrape nak munasabah..filing, sorting, etc...ye..memang ramai akan cakap 'ala..besela kalo da praktikal ni..mesti kene buat keje2 pengkeranian punye..' n bla..bla..bla..tapi kadang2 saye rase macam mempergunekan tenage 'mahal' ktorang for nothing..maksud 'nothing' itu kesannye lebey kepade kami budak praktikal manakala 'something' untuk pihak berkenaan..mentang2la ktorang x dibayar sesen pun..memang kaw2 diorang kerah tenage ktorang..huk3..abes sengal2+tergeliat urat2 sarap den ni haa...aiisshhhh!!
.
.
.
inilah die antare mangsa kerahan tenaga@buruh kasaq
<credit picture to yana comey..hihi> |
Labels:
Friends,
master+uiam,
Practical Training,
Rasa Hati
Tuesday, 10 July 2012
Ketidakwarasan Padaku
ketidakwarasan padaku...
membuat bayangmu selalu ada...
menenteramkan malamku...
mendamaikan tidurku..
ketidakwarasan padaku...
membuat tidurku lebih tenang...
aku takkan sedari bahwa kau tak lagi di sini...
aku mulai nyaman...
berbicara pada dinding kamar...
aku takkan tenang...
saat sihatku datang...
ketidakwarasan padaku...
selimut tebal hati rapuhku..
berkah atau kutukan namamu yang ku sebut...
aku mulai nyaman...
berbicara pada dinding kamar...
aku takkan tenang...
saat sihatku datang...
luka hati akan mati...
bila jiwa terus menari dan bermimpi...
ketidakwarasan padaku...
selimut tebal hati rapuhku..
aku takkan sedari bahwa kau tak lagi di sini...
Wednesday, 4 July 2012
Malam Nisfu Syaaban
pejam celik pejam celik da nak masuk separuh bulan Syaaban da..hurrm..cepatnye mase berlalu..xsampai setengah bulan lagi nak masuk bulan Ramadhan pulak..ish3..rasenye baru je sambut raye ari 2 da nak pose balik..hik3..anyway..sebenarnye nak cakap pasal malam nisfu syaaban..yakni jatuhnye pade malam ni (04/07/2012)..kalo ikut bulan Islam, selepas maghrib tu da dikire hari permulaan yg baru..dari ape yg saye bace & belajar, pada malam inilah buku amalan kita akan di angkat ke langit seterusnya diganti dengan buku amalan yang baru..astaghfirullah..terpikir saye banyak manakah amalan berpahala yg telah saye lakukan sepanjang 10 bulan kebelakangan ini (baru nak INSAP!)..semoge segalanya baik2 sahaja..ameen..
owh..antare amalan sunat yg boleh kite buat untuk mengimarahkan malam nisfu Syabaan ini ialah membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali selepas solat fardhu Maghrib dengan berniat pada tiap2 permulaan bacaan antaranye mohon dipanjangkan umur dalam beribadah kepada Allah, dikurniakan serta dimurahkan rezeki yg halal juga memohon kepada Allah agar matinya kita nanti di dalam keadaan beriman kepadaNYA..
besenye tiap2 tahun amalan macam ni kami sekeluarga lakukan secara berjemaah di rumah..alhamdulillah,memang xpernah missed..tapi memandangkan saye 'jauh di perantauan' maka secara solo sajelah nampaknye tahun ini..huk3..*sedey*
*semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam bulan yg penoh barakah ini & diizinkan Allah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan kelak..ameenn..=)*
Tuesday, 3 July 2012
Akikah Elyas
wooww!!da lame gile x update blog..la ni tengah bizi sangat2 dengan praktikal+berukben ni pun baru boleh berfungsi semula..so..kali ni da nekad nak update gak blog since hari ni balik awal sket dari biase..ngeh3..
1 Julai lepas ade kenduri akikah untuk anak abang saye si budak Elyas busyuk tuh..=)..on that day die telah pun berusie 30 hari..untuk pengetahuan, kalo untuk akikah bayi lelaki kite perlu sembelih 2 ekor kambing manakala kalo bayi perempuan cume perlu seekor kambing sahaja..konsep ni same jugak kalo dalam pembahagian harta pusaka atau faraidh, lelaki dapat 2 bahagian berbanding perempuan yg dapat 1 bahagian..nak tau reason kenape lelaki lebih portionnya berbanding perempuan..anda bolehla google sendiri eh..=p
macam bese kalo kenduri ni mesti nak bagi souvenir kt para tetamu yg datang..so untuk part saye, kene siapkan dalam 200 biji carrot cupcakes skali ngan cream cheese frosting die..perghh..memang xmenang tanganla nak buat..tapi alhamdulillah..berjaye jugak siapkan walaupun terpakse tido jam 2 pagi nak siapkan from scratch sampaila ke packaging process..tapi bukan saye sorang je yg buat..kakak+mak+abang saye ade membantu..=)
<the cuppies-ready to bake> |
<the goodies> |
<the baby..hihi> |
owwhh...ade sesuatu yg sangat2 suprise berlaku..my 'long time no see' bestfren datang dengan mak+ayah mertue+husband die..kebetulan in-laws die orang kampung saye n kebetulan juge die ade di sane jadi sekalian la die datang kt kenduri ni..actually die baru je abes pantang selepas melahirkan seorang baby boy yg berlapis2 dagunye..geram ok..!!=p
<me & my bestie..zai..> |
<mak saye & baby adam, zai's son> |
p/s: terime kaseh daun keladi juge pade liyana, asiah, nana & hafiz (my postgrad classmates) yg sudi datang memeriahkan majlis..=)
Subscribe to:
Posts (Atom)